J |
Sebagai contoh aktiviti gotong royong yang dijalankan mendapat kerjasama dari golongan wanita, belia dan kanak-kanak. Hal ini kerana, misalnya para wanita di Kampung Bukit Payong kebanyakannya terdiri daripada suri rumah tangga sepenuh masa yang mempunyai banyak kelapangan. Bukan hanya aktiviti gotong royong membersihkan kawasan malah kerja-kerja pembersihan dewan atau masjid juga mendapat sambutan dari pelbagai golongan dan peringkat umur.
Begitu juga sekiranya terdapat majlis perkahwinan, pihak JKKK akan bersama-sama dengan penduduk kampung menolong menyediakan makanan selain bergotong royong membersihkan kawasan sekitar tempat berlangsungnya sesuatu majlis. JKKK turut menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan sebagainya sebagai agenda tahunan selain merapatkan hubungan sesama penduduk.
FROM
http://telecentre.my/KampungBukitPayong/
No comments:
Post a Comment