erpustakaan Desa Kampung Bukit Payong terletak lebih kurang 17 km dari Bandar Jerteh, Terengganu Darul Iman. Kampung ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Bukit Payong Dalam dan Kampung Bukit Payong Luar.
Bandar Jerteh terletak dalam Daerah Besut yang semakin pesat membangun. Perkembangan Hulu Besut dicapai atas daya usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Hulu Besut sendiri yang sentiasa memandang jauh ke hadapan dalam usaha membangunkan kampung.
Kehidupan penduduk sama seperti penduduk kampung lain yang masih mengekalkan cara hidup sederhana. Manakala dari sudut ekonomi, sumber pendapatan utama penduduk tertumpu kepada sektor pertanian getah dan berniaga secara kecil-kecilan.
Bukit Payong terletak di antara tiga buah sungai, di Utara Sungai Engga sempadan dengan Kampung Padang Bual, di selatan Sungai Patung bersempadan dengan Kampung Bekok, di sebelah Barat dipisahkan dengan Kampung Lama oleh Sungai Besut dan di bahagian timur pula melebar hingga ke sempadan Hutan Simpan Gunung Tebu.
from
http://telecentre.my/KampungBukitPayong/
No comments:
Post a Comment